Saturday 27 December 2014

Souvenir Perkahwinan Tradisional

Assalamualaikum.... dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni... Sekarang ni sedang sibuk mengatur langkah menyiapkan line up - line up baru untuk release tahun 2015... Apa-apa pun kali ini kami mempersembahkan koleksi kedua kami iaitu souvenir perkahwinan tradisional. Walaupun lately ramai orang-orang kita gemar menggayakan persalinan moden, adat resam jangan dilupa. Bersesuaian dengan itulah, kami menghasilkan koleksi ini yang sesuai dijadikan souvenir atau pemberian istimewa kepada tetamu VIP dan ahli keluarga terdekat di majlis perkahwinan anda.

Koleksi yang berteraskan songket ini terdiri dari lima warna pilihan iaitu biru, merah, hijau, turquoise dan ungu.. menarik kan??? Lihat contoh-contoh dibawah bagi memudahkan anda membuat pilihan.


Boleh bayangkan pengantin lelaki yang gagah di samping pengantin wanita yang rupawan mengenakan persalinan tradisi ini.


Merah lambang kegagahan dan  keberanian."Perkahwinan adalah satu perjudian" tu kata Eja dalam Manisnya Cinta di Cappadocia.. Ia memerlukan keberanian dalam membuat keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri.


Ketenangan dalam melayari bahtera rumahtangga adalah idaman setiap pasangan. Biru adalah warna yang sesuai sebagai simbolik kepada permulaan ke alam perkahwinan.


Warna hijau ini diambil bagi menggambarkan keseimbangan alam semulajadi. Begitulah juga dalam kehidupan suami isteri, saling mengimbangi dan melengkapi antara satu sama lain.


Satu warna unik yang merupakan hasil gabungan warna-warna asas. Penggabungan dua sejoli ini pastinya mencorakkan keunikan dalam kehidupan bersama.


Purple, Ungu....Romantika D Amour ... :) 


Inilah hasilnya.. Souvenir perkahwinan tradisional. Selain sebagai hiasan, ia juga berfungsi sebagai tempat yang menarik bagi pasangan meletakkan cincin mereka.

Bagaimana cara untuk membuat tempahan? Bolehlah ikuti arahan selanjutnya..


Cara tempahan dah tahu... harga  berapa lak?
Semenanjung Malaysia RM 80, untuk Sabah/ Sarawak RM 85.. Harga termasuk pos penghantaran dan percuma bag kanvas ekslusif.

InsyaAllah kami akan kembali dengan koleksi terbaru yang MELETOP..
Jangan lupa... Personalize Your Moment bersama kami.
Sampai jumpa lagi..
-AJIEMYART-



No comments:

Post a Comment