Saturday 27 December 2014

Souvenir Perkahwinan Tradisional

Assalamualaikum.... dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni... Sekarang ni sedang sibuk mengatur langkah menyiapkan line up - line up baru untuk release tahun 2015... Apa-apa pun kali ini kami mempersembahkan koleksi kedua kami iaitu souvenir perkahwinan tradisional. Walaupun lately ramai orang-orang kita gemar menggayakan persalinan moden, adat resam jangan dilupa. Bersesuaian dengan itulah, kami menghasilkan koleksi ini yang sesuai dijadikan souvenir atau pemberian istimewa kepada tetamu VIP dan ahli keluarga terdekat di majlis perkahwinan anda.

Koleksi yang berteraskan songket ini terdiri dari lima warna pilihan iaitu biru, merah, hijau, turquoise dan ungu.. menarik kan??? Lihat contoh-contoh dibawah bagi memudahkan anda membuat pilihan.


Boleh bayangkan pengantin lelaki yang gagah di samping pengantin wanita yang rupawan mengenakan persalinan tradisi ini.


Merah lambang kegagahan dan  keberanian."Perkahwinan adalah satu perjudian" tu kata Eja dalam Manisnya Cinta di Cappadocia.. Ia memerlukan keberanian dalam membuat keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri.


Ketenangan dalam melayari bahtera rumahtangga adalah idaman setiap pasangan. Biru adalah warna yang sesuai sebagai simbolik kepada permulaan ke alam perkahwinan.


Warna hijau ini diambil bagi menggambarkan keseimbangan alam semulajadi. Begitulah juga dalam kehidupan suami isteri, saling mengimbangi dan melengkapi antara satu sama lain.


Satu warna unik yang merupakan hasil gabungan warna-warna asas. Penggabungan dua sejoli ini pastinya mencorakkan keunikan dalam kehidupan bersama.


Purple, Ungu....Romantika D Amour ... :) 


Inilah hasilnya.. Souvenir perkahwinan tradisional. Selain sebagai hiasan, ia juga berfungsi sebagai tempat yang menarik bagi pasangan meletakkan cincin mereka.

Bagaimana cara untuk membuat tempahan? Bolehlah ikuti arahan selanjutnya..


Cara tempahan dah tahu... harga  berapa lak?
Semenanjung Malaysia RM 80, untuk Sabah/ Sarawak RM 85.. Harga termasuk pos penghantaran dan percuma bag kanvas ekslusif.

InsyaAllah kami akan kembali dengan koleksi terbaru yang MELETOP..
Jangan lupa... Personalize Your Moment bersama kami.
Sampai jumpa lagi..
-AJIEMYART-



Sunday 14 December 2014

Souvenir Perkahwinan Moden

Our 1st collection.... Modern wedding


Frame bersaiz A4, dengan gaun pengantin putih dan arch putih dan dihiasi dengan bunga-bungaan. Frame in boleh dijadikan tempat untuk pasangan pengantin meletakkan cincin (seperti di dalam gambar di atas)

Nama pasangan pengantin  dan tarikh majlis dilangsungkan akan diabadikan di dalam souvenir ini bagi memperingati majlis penyatuan dua hati ini. Nama Pengirim juga tidak dilupakan.

Souvenir ini didatangkan bersama sebuah bag kanvas yang ekslusif bagi memudahkan pengirim memberikan hadiah tersebut tanpa perlu membalutnya..


Tertanya-tanya harganya?? 
Untuk Semenanjung Malaysia harganya cuma RM 80 manakala untuk Sabah/Sarawak harganya cuma RM 85 (Harga termasuk pos laju). 

Macam mana nak order??
Ikut arahan selanjutnya.....

Senangkan...
Ni je ke collection yang ada??
Nantikan entry selanjutnya.. Kami ada souvenir perkahwinan Tradisional....
Details akan kami war-warkan di blog ini nanti atau boleh juga anda layari
https://www.facebook.com/ajiemyartsouvenir

Ok.. Sampai jumpa lagi.. ingat.....
Personalize Your Moment
-AJIEMYART-

Thursday 11 December 2014

Assalamualaikum..


Inroduction to our blog....

Baru je diwujudkan bagi mempromosikan souvenir terbaru yang boleh didapati di pasaran. Kami wujud atas dasar untuk menjadikan setiap souvenir yang kami hasilkan lebih dekat dengan pengguna. Sama ada untuk digunakan sendiri atau diberikan kepada rakan / orang tersayang..

Personalize your moment... merupakan tagline kami.. Setiap souvenir yang dihasilkan akan diabadikan bersamanya nama pengirim serta penerima.. Souvenir yang kami hasilkan mungkin tak akan ditemui di pasaran kerana ianya dihasilkan hasil gabungan idea kami.. Kalau ada pun, mungkin harganya tidak semurah yang kami tawarkan..

Do support Us
Kami akan upload lebih gambar souvenir yang kami hasilkan untuk tatapan anda..
Sekian.. Jumpa di lain masa....